Dr. Mahathir berkata, PH pernah berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun jika gabungan itu berjaya memerintah negara dan beliau berjanji bahawa kerajaan pimpinannya komited untuk menunaikan janji itu.

"Buat janji memang mudah, terutama bila pilihan raya, janji apa saja untuk dapat sokongan tapi tunai janji tidak seperti buat janji.

"Sejuta bukan angka kecil untuk rumah, tetapi ini janji kita dan kita akan tunaikan janji untuk bina sejuta rumah dalam jangka masa 10 tahun," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran FundMyHome.com di Eco Majestic, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE