Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dr. M sahkan wujud konspirasi singkir Najib

Pendedahan tiga Tan Sri jadi mangsa khianat

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pendedahan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang pengkhianatan terhadap tiga bekas pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri, hanya mengesahkan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad

Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berkata, perkara tersebut sebenarnya bukan rahsia kerana bekas Perdana Menteri itu pernah secara terbuka mengumumkan hasratnya untuk menyingkirkan Najib.

Menurut beliau, Dr. Mahathir juga telah menggunakan semua agensi kerajaan yang mempunyai hubungan dengannya bagi menjayakan konspirasi tersebut.

“Masihkah anda ingat orang nombor dua dalam Cawangan Khas secara terbuka mengumumkan dirinya seorang penyokong setia Dr. Mahathir?

“Dr. Mahathir juga menggunakan media asing dan laman-laman blog untuk melaporkan tentang Najib dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya melalui portal tersebut (http://www.malaysia-today.net) hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mendakwa, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed telah dikhianati oleh pihak yang tidak dinamakan identitinya.

Beliau membuat dakwaan itu selepas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menjelaskan, tindakan­nya membuat laporan polis ter­hadap tiga bekas pegawai kerajaan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 26 Julai lalu berjaya menggagalkan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.

Raja Petra menambah, Dr. Mahathir amat kecewa kerana segala cubaannya untuk menyingkirkan Najib menemui kegagalan.

“Beliau sanggup melakukan sabotaj terhadap 1MDB dengan menggagalkan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu serta memastikan pinjaman yang dipohon 1MDB tidak diluluskan,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sekiranya isu 1MDB tidak timbul, Dr. Mahathir akan mencari alasan lain bagi mewajarkan tindakannya menjatuhkan Najib.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain