Menurut beliau, keputusan tidak rasmi menunjukkan parti-parti di bawah gabungan itu beroleh sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen sekali gus mengatasi Barisan Nasional (BN).

Dr. Mahathir turut mendakwa gabungan pembangkang PKR berjaya membentuk kerajaan di enam negeri iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

“Kita telah mencatatkan jumlah tersebut dan kami telah memperoleh 112 kerusi Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

“BN ketinggalan jauh di belakang dan tidak mungkin mereka dapat mengejar kami,” katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya, dekat sini awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE