Ketuanya, Kamaruzaman Abdullah berkata, langkah itu harus dilaksanakan dengan segera supaya Pas mampu mengorak langkah lebih jauh tanpa sebarang masalah melalui pendekatan budaya politik matang dan sejahtera kini.

Katanya, usaha meningkatkan jumlah keahlian merupakan gerak kerja peringkat akar umbi yang diberi tumpuan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14) baru-baru ini.

"Ini merupakan masa untuk kita bekerja bagi mengekalkan kemenangan yang telah diperoleh, dan jangan leka dengan apa yang ada sekarang. Kita perlu terus kerja dan kerja untuk majukan parti.

"Kita harap melalui Muktamar Pas Pusat kali ini, parti sudah bebas daripada masalah dalaman sekali gus dapat memberikan tumpuan penuh hadapi PRU-15," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Muktamar Tahunan DPPNT Kali Ke-49 di sini hari ini yang disempurnakan oleh Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.

Tambahnya, kalangan anak-anak muda merupakan antara penyumbang utama yang telah memberi kemenangan yang tidak terduga pada PRU-14 apabila Pas kembali menguasai kerajaan negeri.

"Kemenangan yang tidak disangka dengan kecelaruan politik, dengan andaian Pas akan mengalami kekalahan namun dengan pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak terutama anak muda demi menegakkan Islam, akhirnya Pas menang di Terengganu.

"Oleh sebab itu, kita tidak boleh leka dengan kemenangan kerana rakyat sedang menilai apa yang kita lakukan dan sehingga hari ini, kita telah laksanakan hampir separuh daripada 20 kandungan manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat," ujar Kamaruzaman. - UTUSAN ONLINE