Mereka mengakui, apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri mempunyai asasnya dan bersedia untuk bersama meningkatkan usaha bagi pengukuhan parti dan kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian, Datuk Din Adam berkata, usaha itu sentiasa diteruskan dengan mengajak semua untuk bergerak dalam satu pasukan

yang lebih kuat agar akhirnya dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat.

“Himpunan terbesar yang dapat dijayakan semalam sempena lawatan kerja Perdana Menteri semalam, merupakan salah satu manifestasi pengukuhan jentera parti,”ujarnya.

Dengan segala apa yang diusahakan dan gerakan khidmat kepada rakayat, beliau yakin dapat mengembalikan kepercayaan rakyat.

Perdana Menteri ketika berucap melancarkan program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri dan Majlis Pecah tanah Rumah Idaman

Rakyat (RIR) Santong, Paka di sini, semalam membangkit soal pergegesaran dalaman yang dikatakan masih berlaku.

Beliau menasihatkan Din ynag juga Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun bersama bekas Ketua UMNO Bahagian, juga Datuk Rosli Mat Hassan dan

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Roslee Daud supaya memberi tumpuan soal perpaduan agar tidak wujud gejala `cah keting’.

Sementara itu, Rosli menjelaskan beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika turut diminta bergerak bersama mengukuhkan parti dan

menghadapi pembangkang berdasarkan pengalaman dan hubungan dengan masyarakat

“Saya orang parti dan akan terus bekerja untuk parti dan ke arah kemenangan, apatah lagi itu harapan Perdana Menteri yang saya cukup kenali secara peribadi, juga tentang komitmennya begitu tinggi terhadap perjuangan parti dan pembelaan nasib rakyat,” tegas Rosli. -

Dalam pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional hanya memenangi kerusi Bukit Besi manakala kerusi Rantau Abang, Sura dan Paka serta kerusi Parlimen terlepas kepada pembangkang. - UTUSAN ONLINE