Di mana letaknya martabat Islam dalam manifesto gabungan pembangkang PKR? Artikel Penuh: http://www
Aidit Ghazali

Menurut Pengerusi Yayasan Fitrah Malaysia, Datuk Aidit Ghazali, perbezaan aspirasi yang dibawa oleh setiap parti dalam gabungan pembangkang PKR memberi gambaran jelas kepentingan agama Islam buat mereka sekadar ‘kosmetik’ semata-mata.

“Rakyat perlu menilai terlebih dahulu aspirasi yang didukung setiap parti dalam gabungan pembangkang PKR dan mereka tidak jujur meletakkan agama Islam sebagai keutamaan mereka.

“Lagipun, memang diketahui bahawa DAP sejak dari dahulu tidak pernah bersungguh-sungguh menyokong pembangunan Islam dan seolah-olah ‘alergi’ dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, berbeza dengan manifesto Barisan Nasional (BN), kerajaan menekankan pembangunan umat Islam merangkumi segenap aspek termasuk kanak-kanak, belia, wanita dan pembangunan ekonomi Islam untuk lima tahun akan datang.

“Kerajaan BN sejak dari dahulu meletakkan martabat Islam di tempat tertinggi dan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memperkasakan ummah serta negara.

“Kira-kira 40 tahun dahulu, Malaysia berusaha untuk mencontohi Arab Saudi dan Pakistan sebagai negara Islam yang kukuh dari segi ekonomi.

“Kini, kita pula menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain dan ia adalah hasil daripada kesungguhan kerajaan BN yang sentiasa memperkasakan Islam,” katanya. -UTUSAN ONLINE