Beliau sebaliknya meminta ahli-ahli Parlimen untuk ‘meluahkan’ rasa tidak puas hati itu pada kempen parti masing-masing sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Untuk sidang Dewan Rakyat kali ini, biarlah geram masing-masing itu dilepaskan masa kempen pilihan raya umum nanti. Jangan di Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung selama 20 hari bermula hari ini hingga 5 April sementara Dewan Negara dari 16 April hingga 30 April depan. – UTUSAN ONLINE