Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Debat tetap diteruskan, permit telah diarah untuk dihantar

KAMPAR 17 Mac - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah mengarahkan UMNO Bahagian Padang Rengas untuk bekerjasama dengan pihak penganjur bagi mendapatkan permit polis pada hari ini bagi memastikan program perdebatannya dengan Tun Mahathir Mohamad berjalan lancar pada 25 Mac ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Beliau berkata, program tersebut merupakan satu bentuk wacana dan bukanlah suatu demonstrasi, justeru tiada kaitan dengan Akta Perhimpunan Haram 2012 yang tidak membenarkan sebarang penggunaan sekolah.

"Saya juga meminta supaya penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak perlu hadir kerana mereka tahu apa yang akan saya perkatakan.

"Cukuplah dengan kehadiran pengundi di kawasan saya serta pihak pembangkang dari seluruh negara. Saya akan menjawab apa sahaja soalan kerana kerajaan tidak pernah menipu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri lawatan ke tapak prasejarah Perang Dunia Kedua 'Battle of Kampar' di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain