Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DAP tunjuk taring 
dalam Pakatan Harapan

PULAU PINANG 5 Sept. – Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat sengaja mahu mencari publisiti murahan apabila membuat sera­ngan politik dengan mendakwa Pas akan kalah di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Rahmad Isahak

Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu seolah-olah memberi isyarat bahawa beliau mahu mendahului Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan.

Menurut beliau, tindakan bercakap tentang isu di Kelantan juga akan menyebabkan wujudnya persoalan sama ada wakil rakyat DAP itu mendapat restu sebelum berbuat demikian.

“Keadaan ini me­nunjukkan DAP mula menunjukkan taring se­bagai ‘tuan besar’ dalam pembangkang sehingga berani membuat kenyataan berhubung geopolitik negeri lain yang langsung tidak ada kaitan dengan parti berkenaan,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

Semalam, Guan Eng mendakwa Pas berdepan risiko tewas di Kelantan dalam PRU-14 berikutan keengganan parti itu kembali menyertai pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut, Rah­mad berkata, PAN dan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan perlu ‘me­negur’ sikap Guan Eng kerana kenyataan ber­kenaan hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya pengundi Melayu di ne­geri tersebut.

“Justeru, tidak hairanlah jika Pas kalah di Kelantan kelak, calon Menteri Besar negeri itu akan diputuskan oleh DAP secara senyap dan percaturan begini sa­ngat berbahaya kepada masyarakat majmuk serta keharmonian kaum di negara ini,” katanya.

Pada masa sama, Rahmad secara sinis menasihatkan Guan Eng supaya memberi keutamaan kepada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang masih gagal diselesaikan sebelum mengkritik pihak lain.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain