Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak hari ini menolak usul mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dibawa Ahmad Faizal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud untuk dibahaskan pada Sidang Dun Perak.

Tindakan Koo Ham itu turut menarik perhatian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menzahirkan kehairanan tentang siapa sebenarnya yang berkuasa di Perak.

“Jarang dilihat di Parlimen dan mana-mana DUN usul yang dibawa pihak kerajaan ditolak Yang Dipertua Dewan. 

“Saya mempersoalkan jika usul yang dibawa Menteri Besar sebagai ketua kerajaan negeri pun ditolak oleh Yang Dipertua Dewan dari DAP. Siapa sebenarnya yang berkuasa di Perak. Menteri Besar atau DAP?,” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.-UTUSAN ONLINE