Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan itu bukan bermakna parti berkenaan tidak menghargai penghargaan yang diberikan.

Sebaliknya, jelas beliau, penghargaan yang paling utama bagi seorang wakil rakyat adalah apabila dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

"Kita amat menghargai pingat yang diberikan, tetapi saya rasa yang penting adalah perkhidmatan kepada rakyat dan jangan jadi seperti dulu nak berebut-rebut dapatkan pingat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE