Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DAP didesak senaraikan nama perwakilan CEC

TAMPIN 13 Sept. – DAP terus didesak untuk menyenaraikan nama perwakilan bagi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam proses pemilihan semula yang akan diadakan nanti.

Bekas Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, N. Chellan berkata, senarai nama tersebut juga perlu dihebahkan di media massa bagi memastikan kesahihan CEC sekali gus tiada pertikaian berlaku.

“DAP harus umumkan perwakilan yang layak mengundi semasa pemilihan DAP pada 2012 dan kami juga menuntut supaya parti membuat pengumuman terbuka dengan melampirkan senarai penuh nama-nama perwakilan berserta nombor MyKad dalam akhbar dan siaran televisyen pelbagai bahasa.

“Senarai nama perlu diberi mengikut negeri dan cawangan masing-masing bagi memastikan pemilihan semula dijalankan dengan telus selain menggunapakai senarai 2012 agar kesahihan tidak dipertikai,” katanya dalam sidang akhbar di Gemencheh, dekat sini hari ini.

Pada 7 Julai lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam satu kenyataan menyatakan DAP perlu mengadakan pemilihan CEC baharu secara te­lus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota yang sah dan diiktiraf.

Dalam pada itu, Chellan turut menggesa agar semua pemimpin DAP memberi kerjasama agar pemilihan dapat dilaksanakan segera dengan mematuhi arahan ROS dan perlembagaan parti.

Katanya, tindakan segelintir pemimpin DAP yang melanggar undang-undang disifatkan sebagai memalukan dan mencemar imej parti.

“Kami berhak bersuara demi parti sekiranya DAP dikuasai oleh mereka yang memalukan dan meletakkan parti ke kancah krisis.

“Bolehkah DAP memimpin negara sedangkan CEC parti sendiri tidak dapat diurus dengan betul,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain