Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pilihan raya tersebut sememangnya menjadi sebahagian daripada perjuangan DAP kerana percaya perkara tersebut mempromosikan budaya demokrasi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan fokus utama kerajaan ketika ini adalah memenuhi manifesto pilihan raya.

“Kita akan laksana satu demi satu, memenuhi janji pilihan raya dahulu sebelum meneruskan komitmen kami.

“Kami juga menyokong usaha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mahu melaksanakan pilihan raya tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman.

Malah tegasnya, pilihan raya PBT sekiranya diadakan boleh menghasilkan keputusan yang salah antara bandar dan luar bandar.

“Keputusan di bandar lain, di luar bandar lain. Berkemungkinan wujud konflik disebabkan perbezaan kaum. Kita tidak mahu perkara itu terjadi, tiada pilihan raya PBT,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE