Setiuasaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, hasrat DAP itu akan dimaklumkan kepada kepemimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Ya tentu (kerusi Parlimen Cameron Highlands) akan ditandingi oleh DAP tetapi saya difahamkan mereka (Barisan Nasional) akan buat rayuan jadi kita akan tunggu.

“Tapi tentulah kita akan laporkan perkara ini kepada PH memandangkan ini adalah kerusi DAP secara tradisi dan akan ditandingi semula oleh calon DAP,” katanya selepas merasmikan program ‘Smart Green Community’ di Tapak Pertanian Dalam Bandar Lebuh Padang Tembak di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE