Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dakwaan Dr. M adalah fitnah

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak ke White House telah membuktikan dakwaan pihak pembang­kang, khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri sebelum ini merupakan fitnah.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertemuan empat mata antara Trump dengan Najib di pejabat rasmi pemimpin AS itu di Oval Office, White House telah membuka pembohongan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Ismail Sabri memberitahu, Dr. Mahathir sebelum ini mendakwa Perdana Menteri akan ditangkap sekiranya ke AS, malah pesawat pun tidak dibenarkan melalui ruang udara negara itu.

“Isu Jabatan Kehakiman AS (DOJ) juga nampaknya tidak menjadi seperti digembar-gemburkan oleh Dr. Mahathir dan pihak pembangkang selama ini.

“Maka jelaslah, selama ini isu yang ditimbulkan oleh Dr. Mahathir dan pembangkang merupakan pembohongan besar kepada rakyat serta fitnah semata-mata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, jemputan Trump ke atas Perdana Menteri ke White House menunjukkan penghormatan yang tinggi Kerajaan AS kepada Najib dan juga Malaysia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain