Bagi Asyraf Wajdi, alasan kerajaan bahawa perkara itu tidak memenuhi syarat-syarat Surat Cara Ikatan Amanah adalah aneh kerana setelah 30 tahun ia wujud, baru sekarang ia dipersoalkan.

“Kenapa selepas 30 tahun, baru sekarang hendak dipersoalkan isu pelanggaran akta? Takkanlah semua inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu nak dihentikan walau ternyata banyak beri manfaat kepada rakyat?

“Kalaupun wujud isu pentadbiran yang melibatkan pelanggaran Akta Pemegang Amanah, maka sewajarnya kerajaan perbetulkannya dan bukan bubarkan institusi yang terbukti berdaya maju,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook milik beliau di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE