Kenyataan itu sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau merupakan antara calon yang disebut-sebut bagi memegang jawatan Menteri Besar yang kini disandang oleh, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Sejujurnya saya sebenarnya lebih menumpukan khidmat bakti untuk orang Kota Tinggi khususnya dalam UMNO Bahagian Kota Tinggi.

“Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa saya memang tidak behasrat untuk bertanding apa kerusi Ahli Parlimen atau Ahil Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ini kerana memandangkan usia saya yang sudah mencecah 62 tahun.

“Sebaliknya saya lebih selesa menumpukan di bidang perniagaan yang memerlukan komitmen tinggi.

“Rasanya agak molek kalau saya memberi khidmat bakti menerusi parti terhadap orang Kota Tinggi yang mana saya sendiri merupakan anak jati Sedili, Kota Tinggi dengan sebelum ini UMNO Bahagian Kota Tinggi dan Ahli Parlimennya diterajui oleh orang luar selama hampir tujuh penggal bersamaan 35 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika ditemui selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Forest City yang dirasmikan oleh Mohamed Khaled, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE