Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, suasana di Rantau dalam keadaan baik dan jasa serta bakti Mohamad Hasan sudah cukup memberi hujah mengapa pengundi perlu memilih beliau sebagai wakil rakyat.

“Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh UMNO beri duit. Ini psikologi yang mereka mulakan kerana hakikatnya kita tidak perlu bermain duit.

“Pada masa yang sama, kita perlu memastikan tiada unsur-unsur yang boleh meruntuhkan suasana tersebut. Buat masa ini, fokus kita bertemu pengundi dari rumah ke rumah.

“Kita lihat suasana amat positif kerana mana-mana terutama orang India masing-masing menyatakan sayang kepada Mohamad Hasan yang banyak membantu mereka selama menjadi Menteri Besar dan wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar : Pas-UMNO Bergabung: Apakah Kesan Demografi Politik di sini Kompleks Karangkraf di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE