Naib Presiden yang juga menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO berkata, sebarang permasalahan dalaman parti seharusnya diselesaikan ibarat  adik-beradik dengan semangat dan roh kental perjuangan UMNO.

Katanya, masalah dalaman parti secara tidak langsung memberi kekuatan kepada lawan.

"Cukup-cukuplah berpecah.. soal lawan sudah lepas. PRU-14 saya tidak mahu ketua bahagian ada kem-kem.

"Sebab kita tengok dalam PRU-12... Kedah orang ambik sebab kita nak padan muka hang! Lepas muka kita sebab hilang negeri. Kita tebus balik. Cukuplah gaduh sesama sendiri," katanya pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani di Majlis Perbandaran Sungai Petani di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua UMNO bahagian, Datuk Abdul Rahim Saad.

Berucap lanjut, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kekalahan UMNO di Sungai Petani
bukan berpunca daripada kekuatan parti pembangkang namun kelemahan akibat perpecahan dalaman.

"Parlimen Sungai Petani kita kalah.. apa mesej? Pesanannya kita mesti lihat bahawa sebenarnya pembangkang tidak kuat tetapi kita lemah.

"Renung balik.. PRU 2004 semua kerusi Sungai Petani kita menang. 2008 semua kalah, 2013 satu je menang. Kena tebus semula... tak mustahil," - UTUSAN ONLINE