Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan itu dilakukan bagi menggambarkan seolah-olah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berada dalam 'genggaman' UMNO.

"Hakikatnya isu yang dihadapi oleh dua parti ini jauh berbeza. PPBM gagal memenuhi syarat asas untuk melengkapkan pendaftaran partinya sedangkan UMNO tidak mempunyai sebarang masalah berhubung pendaftaran sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau nasional sebaliknya hanya memohon penangguhan pemilihan yang sememangnya tidak bercanggah dengan sebarang syarat mahu pun peraturan.

"Kalau hendak daftar parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan apa sekali pun, mestilah ada syarat perlu dipenuhi. Sebagai orang yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam parti dan Kabinet, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pasti tahu akan perkara ini tetapi mereka sengaja timbulkan isu untuk kelirukan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir ke Majlis Penyerahan  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE