Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dalam satu kenyataan berkata, tindakan untuk menambah kuantiti air sungai daripada Empangan Chereh sedang diambil namun tidak dapat menampung keperluan sepenuhnya dan keadaan itu menyebabkan pengeluaran air di LRA berkenaan menurun.

Sehubungan itu, katanya, Paip sedang memantau dan mengambil tindakan yang perlu bagi mengawal dan meminimumkan kesan gangguan kepada pengguna.

“Kesannya adalah akan terdapat kawasan-kawasan yang mengalami tekanan rendah seperti seluruh Beserah sehingga sempadan Chendor termasuk Bandar Damansara, Taman Datuk Rashid, Jeram, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating dan kawasan Perindustrian Gebeng.

“Selain itu, seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, seluruh kawasan kiri dan kanan Jalan Tengku Muhammad, Pejabat Ukur, Jalan Beserah, kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh kiri dan kanan Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek serta Tanjung Api,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambah Paip, kawasan yang turut mengalami tekanan air rendah adalah kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali dan Air Putih.

Katanya, seluruh kawasan Taman Fairmount, Bukit Beirut, Bukit Setongkol dan Cenderawasih turut terjejas.

“Dianggarkan 25,000 akaun pengguna terlibat. Kami menyediakan lori tangki air kepada kawasan-kawasan yang mungkin terputus bekalan.

“Pengguna dinasihatkan agar dapat menggunakan air secara berhemah dalam tempoh gangguan tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE