Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, hal itu bagi memastikan kebajikan dan kehendak rakyat tidak diabaikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekali gus menjadi pembangkang yang benar-benar berkesan sejajar dengan sistem demokrasi negara.

“Mungkin sukar untuk pemimpin BN yang lain meniru gaya Najib yang secara santai ‘membahasakan’ kerajaan PH dalam pelbagai isu rakyat tetapi itu tidak bermakna kita perlu mendiamkan diri sahaja.

“Kembalikan kepercayaan rakyat dengan cara masing-masing. Semua pemimpin termasuk di peringkat akar umbi perlu menjadi juara dalam memperjuangkan isu rakyat, jangan pula jadi lemah kerana statu kita sebagai pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Santai Teh Tarik bersama media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, sambutan yang diterima Najib ketika ini amat memberangsangkan berikutan bekas Presiden UMNO itu mendekati rakyat secara santai dan mudah difahami orang ramai. -UTUSAN ONLINE