Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, pembelian kereta bernilai sekitar RM60,000 hingga lebih RM100,000 adalah dalam kemampuan beliau.

"Bukan kata tidak beli kereta, kereta itu beli, tapi bukan kereta mewah, kereta harga RM60,000, takkanlah tidak boleh beli? Cikgu sekolah pun beli harga RM 200,000, takkan Timbalan Menteri Besar tidak boleh beli (kereta) harga lebih RM100,000.

"You pergilah tengok sendiri, betul atau tidak," katanya selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini.

Terdahulu beliau diminta mengulas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dipanggil memberi keterangan kes wang RM90 juta yang disyaki diterima pemimpin Pas.

Mengulas perkara ini, Mohd. Amar berkata, itu adalah kuasa SPRM dan Pas sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama.

"Kita tengoklah, saya pun nak komen tak boleh, siasatan sedang berjalan," katanya. UTUSAN ONLINE