Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Campur tangan dalam fatwa, Pas Bayan Baru putus hubungan dengan PKR

Iszuree Ibrahim
ISZUREE IBRAHIM

PULAU PINANG 20 Mac – Kegagalan PKR negeri ini membela dan mempertahankan Islam apabila secara terang-terangan mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa negeri menjadi salah satu faktor Pas Kawasan Bayan Baru memutuskan hubungan dengan PKR.

Yang Dipertua Pas Kawasan Bayan Baru, Iszuree Ibrahim berkata, ekoran campur tangan itu, terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan, malah ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco agama negeri.

“Tindakan tidak bertanggungjawab Exco agama daripada PKR ini menunjukkan kepentingan politik DAP lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Bayan Baru semalam membuat keputusan menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR negeri ini.

Selain Pas kawasan itu, turut membuat keputusan sama adalah Pas Kawasan Permatang Pauh dan dijangka lebih banyak kawasan Pas lain di negeri ini akan membuat keputusan sama dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Dalam pada itu Iszuree berkata, keputusan memutuskan kerjasama politik dengan PKR juga disebabkan parti itu tidak memberi pembelaan sewajarnya terhadap tindakan DAP memecat pemimpin dan ahli Pas sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (kini Majlis Bandaraya Pulau Pinang) pada 2014.

Malah kata beliau, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu juga mengeluarkan kenyataan tidak akan memberi pembelaan berhubung pemecatan ahli Pas berkenaan.

Dalam pada itu, Iszuree berkata, keputusan tidak lagi meneruskan kerjasama dengan PKR juga disebabkan parti itu menunjukkan sikap lebih memberi komitmen dan mesra dalam membantu DAP dan PAN dalam pilihan raya kecil di Kuala Kangsar, Sungai Besar dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Dasar Pas di peringkat Pusat juga telah membuat penetapan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan DAP dan PAN.

“Maka tindakan hubungan mesra PKR dengan DAP dan PAN ini telah jelas menunjukkan ia bertentangan dengan dasar Pas,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain