Beliau yang hadir bersama isterinya, Lim Su Ann, 28, tiba di pusat mengundi di sini kira-kira pukul 8.15 pagi sebelum mengundi kira-kira pukul 8.45 pagi.

Para pengundi di pusat mengundi di sini juga mula beratur seawal pukul 7.30 pagi bagi membuat pilihan masing-masing dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Keadaan di sini setakat ini masih tenang dan terkawal serta proses mengundi berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. - UTUSAN ONLINE