Presiden UMNO itu berkata, walaupun beliau suka seseorang calon, tetapi jika mengikut parti ia tidak sesuai, maka semua pihak perlu akur dengan keputusan tersebut.

"Jadi calon, tidak jadi calon, bukan keputusan hati, tetapi keputusan parti. Kalau saya suka, kalau parti kata tak lepas, terpaksa kata `sorry'. Kita kena terima keputusan itu, pilihlah calon yang boleh menang. Orang yang benar-benar boleh bawa kemenangan parti," katanya.

Najib berkata demikian ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada masa sama Najib meminta perwakilan pulang bahagian supaya duduk berbincang untuk menyelesaikan isu berkenaan kerana ia merupakan masalah besar dan beliau tahu ada bahagian yang bermasalah hingga ada sampai ke tahap tidak bertegur sapa.

"Oklah ada sikit-sikit tolong selesaikan dalam semangat kekeluargaan UMNO," kata Najib. - UTUSAN ONLINE