Menurutnya, beliau berjanji akan memperjuangkan kemaju­an un­tuk masyarakatnya jika BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

RAMLI MOHD. NOR
RAMLI MOHD. NOR 

“Saya memohon pendu­duk Orang Asli mengundi saya. Saya akan membantu masyarakat Orang Asli dan akan membawa suara anda di Parlimen demi masa depan yang lebih baik untuk anda semua,” kata beliau ketika ber­ucap dalam kunjungan ke kampung asalnya, Kam­pung Mensun di sini hari ini.

Kunjungan tersebut dilakukan sebaik sahaja beliau selesai mengemukakan pencalonan.

Ini merupakan ucapan pertama Ramli pa­da kempen PRK Parlimen Came­ron Highlands yang men­da­pat sambutan baik daripada penduduk di kampung tersebut.

Ramli, 61, merupakan seorang bekas pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner (Bersara) yang juga wa­kil kaum Orang Asli daripada suku kaum Semai.

berkata, beliau bangga kerana dapat berkunjung ke kampungnya.

“Ya bangga kerana dapat kembali ke sini,” katanya ringkas.

Sementara itu, mengenai amaran oleh senator PKR, Bob Manolan Mohd. bahawa Ketua-ketua kampung Orang Asli atau tok batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi PH, Ramli berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Adalah jelas mereka mengancam orang saya akan tarik balik gaji, jadi cabaran untuk mereka berdebat dengan saya tidak wajar,” katanya.

habis/...