Mohamed Khaled
Mohamed Khaled

Pengerusi BN nege­ri, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin berkata, pada masa ini senarai tersebut belum lagi dimuktamadkan, namun yang pasti ada muka baharu diper­kenalkan pada PRU-14.

“Belum mukta­mad, tapi kita kaji nama-nama sedia ada dari segi penerimaan, prestasi dan sebagainya.

“Jadi, belum ada senarai...kita masih menilai setiap nama yang ada,” katanya selepas me­rasmikan Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Cawangan Negeri Johor bersama Cawangan Da­erah dan Jamuan Pemimpin Belia Negeri Johor, di sini hari ini.

Diminta mengu­las berapa ramai calon muda dan muka baharu yang akan diper­kenalkan, Moha­med Khaled yang juga Menteri Besar berkata, perkara ter­sebut juga masih belum diputuskan.

“Belum lagi, apa­bila keputusan sudah ada baru kita boleh beritahu, tapi yang pastinya setiap pilihan raya akan ada muka baharu. Berapa peratus itu kita belum dapat muktamadkan,” katanya.

Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).