Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Calon BN ada rekod baik, disenangi ramai

Mohd. Shahid 4
Mohd. Shahid

SABAK BERNAM 29 Mei – Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar disifatkan sebagai keputusan tepat yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

Rata-rata penduduk di kawasan berkenaan sudah pun mengenali Budiman yang dianggap mereka seorang wakil rakyat dengan rekod baik dan berpendidikan tinggi selain disenangi semua pe­ringkat masyarakat.

Peniaga, Mohd. Shahid Mohd. Jelani, 28, berkata, sebagai anak tempatan, Budiman lebih memahami denyut nadi akar umbi terutama keperluan rakyat.

Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik Budiman diberi kepercayaan untuk meneruskan khidmat wakil rak­yat sebelum ini, iaitu Datuk Noriah Kasnon.

“Apa yang kami perlukan adalah kesejahteraan dalam menjalani kehidupan harian.

“Biarlah keadaan sebegini disambung oleh Budiman, tidak perlu kita bereksperimen untuk mengubah landskap politik supaya tidak sesal di kemudian hari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang lagi pe­niaga, Herman Ahmad Tajuddin, 33, pula menjelaskan, Budiman berkebolehan memberi penerangan berhubung isu-isu semasa kepada rakyat berdasarkan fakta.

Menurutnya, kele­bihan sedemikian amat diperlukan oleh seseorang wakil rakyat supaya masyarakat setempat tidak terpengaruh dengan dakyah atau pembohongan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Dia mampu menerangkan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa berdasarkan fakta, bukan cakap kosong semata-mata,” katanya.

Sementara itu, pesara, Rahmat Abd. Rahman, 67, memberitahu, sebagai seorang ADUN, Budiman dilihat berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Jelasnya, dari aspek menyelesaikan masalah rakyat, Budiman sering tidak mengecewakan penduduk dan sikap wakil rakyat sedemikian yang dimahukan bagi Parlimen Sungai Besar.

“Dia nampak serba-serbi boleh, sentiasa beri kerjasama kepada masyarakat terutama permasalahan penduduk,” ujarnya.

Pandangan sama turut diberikan oleh suri rumah, Juminah Rusdi, 60.

Dia menjelaskan, sifat ramah dan bertanggungjawab yang ada pada Budiman merupakan ciri-ciri yang disenangi orang ramai.

“Semua peringkat masyarakat suka dan senang berurusan dengannya kerana pengalamannya, peramah dan bertanggungjawab,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain