Seorang calon yang juga bekas pendidik, Sallehuddin Ab. Ta­lib, 61, berkata, sebagai anak tempatan, dia lebih de­kat de­ngan permasalahan setempat dan mahu menjadi wakil rakyat yang mampu mewakili semua bangsa di Parlimen itu.

SALLEHUDDIN AB. TALIB
SALLEHUDDIN AB. TALIB 

“Saya mahu menjadi wakil rakyat untuk mereka. Saya adalah anak tempatan, anak pene­roka Felda Sungai Koyan dan orang kampung yang pernah memberikan khidmat sebagai pendidik di sini.

“Saya mahu membantu membawa suara mereka kerana banyak isu yang diketengahkan sebelum ini, tetapi tiada pembelaan dan tindakan sewajarnya diambil,” katanya selepas pro­ses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata di sini hari ini.

Sallehuddin yang menggunakan logo buku berkata, jika dipilih sebagai wakil rakyat, dia mahu mengetengahkan isu memba­bit­kan ma­salah yang diha­dapi go­­­longan pe­ne­ro­­ka eko­ran ke­­ja­­tuhan­ harga ke­­­­lapa sawit dan ge­­tah.

Malah kata­nya, tum­puan juga akan diberikan terha­dap isu alam sekitar dan komuniti Orang Asli yang mana penempatan mereka tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap selain keadaan sosioekonomi dan tahap pendidikan yang rendah.

“Sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat saya akan cuba membawa semua masalah itu dan sekarang saya sedang mencuba ke arah itu (untuk menang),” katanya yang menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah kanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.

WONG SENG YEE
WONG SENG YEE 

Seorang lagi calon Bebas, Wong Seng Yee, 41, yang menggunakan logo cangkul berkata, dilahirkan dan membesar di kawasan tanah tinggi itu membolehkan dia melihat sendiri perubahan yang berlaku di kawasan tersebut.

Malah katanya, sebagai gra­duan Sarjana Sains Hortikultur dari University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat, bidang pertanian amat dekat dengannya dan mahu membawa ilmu yang dipelajari itu ke Cameron Highlands bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di sini.

“Saya akui menghadapi tekanan dan saingan yang kuat daripada tiga calon lain, namun melihat ini adalah peluang untuk saya menyuarakan isu bukan sahaja berkaitan petani malah semua peringkat masyarakat di sini, maka saya akan teruskan,” katanya.