Sebaliknya, Ketuanya, Muhammad Shameer Mohamed Sulaiman berkata, pusat tahfiz perlu ditambah baik dari segi infrastruktur, keselamatan dan keselesaan selain silibus pembelajarannya perlu diperkasa.

Tambahnya, pusat tahfiz juga telah terbukti dapat melahir, mendidik dan membentuk peribadi manusia menjadi insan yang bertanggungjawab dan berbudi pekerti luhur.

“Pusat tahfiz dan madrasah di Malaysia sekarang bukan macam dulu lagi.

“Sekolah tahfiz sekarang ada kemahiran, akademik dan ada yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menyambung pelajaran mereka ke peringkat diploma dan lebih tinggi lagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE