Mohd. Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh berkata, penubuhan pusat ini penting agar ia dapat dijadikan pusat rujukan dan premis yang menawarkan khidmat nasihat termasuk penganjuran pelbagai kursus keibubapaan. 

Katanya, masalah yang dihadapi golongan wanita dilihat semakin kritikal dan seharus­nya mereka perlu dijaga kerana menyumbang kepada hala tuju sesebuah keluarga.

“Saya dan isteri menerima ba­nyak panggilan berhubung masalah yang dihadapi golo­ngan tersebut. Oleh demikian, dengan adanya penubuhan pusat ini, golongan wanita boleh meluahkan masalah mereka di premis yang selesa.

“Ini dapat memastikan tahap kerahsiaan masalah yang dihadapi mereka terjaga dan sekali gus mendekatkan diri dengan Allah,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PKR di Jalan Bukit Kemuning di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zawawi berkata, sebagai seorang kaunselor bertauliah, dia berjanji memanfaatkan kepakaran yang dimilikinya dalam bidang motivasi dan pembangunan keluarga untuk membantu golo­ngan wanita.