Ahli UMNO yang menggunakan telefon bimbit jenis iPhone boleh memuat naik aplikasi tersebut secara percuma di App Store manakala di Play Store bagi pengguna Android.

Selepas memuat naik aplikasi tersebut, ahli-ahli UMNO perlu mendaftar menggunakan nama penuh dan nombor MyKad bagi memastikan mereka merupakan ahli UMNO.

Langkah seterusnya, mereka perlu memasukkan kata laluan yang mudah diingati, nombor telefon dan alamat e-mel sebelum mengesahkan segala maklumat tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah memuat naik aplikasi tersebut, ahli-ahli UMNO boleh melayari Tutorial Malaysia4All di YouTube.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hantarkan kepada [email protected] atau WhatsApp di talian 019-6797687.

Aplikasi Malaysia4All di­bangunkan pada Oktober tahun lalu bertujuan me­nyampaikan komunikasi dan maklumat yang lebih terurus serta pantas selain menangani sentimen kebencian dan fitnah.