ROSLAN SHAHIR MOHD. SHAHIR
ROSLAN SHAHIR MOHD. SHAHIR

Pengarah Pilihan Raya Pas Se­langor, Ros­lan Shahir Mohd. Shahir berkata, cabaran itu perlu disahut Hali­mey bagi membuktikan nilai integriti seseorang pemimpin kepada rakyat kerana Halimah sendiri sedia berbuat demikian.

“Kita nak rakyat berpeluang memilih calon yang paling layak, bersih, cekap dan penuh integriti.

“Kita cabar calon PH bersama calon Pas isytihar harta sebelum hari pengundian PRK Seri Setia biar rakyat tahu pemimpin yang dipilih tidak menyalah guna kuasa,’’ kata­nya dalam sidang akhbar di pejabat Pas Selangor di sini hari ini.

Yang turut hadir Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi; Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Halimah.

Sementara itu, Halimah berkata, beliau bersedia mengisytiharkan hartanya pada bila-bila masa dalam usaha mewujudkan budaya politik telus dan bersih.

Halimah yang merupakan seorang doktor perubatan berkata, beliau sebelum ini telah membuat perkara sama sewaktu me­nyandang jawatan Exco kerajaan negeri, 10 tahun lalu.

“Ini kerana kita tidak mahu orang yang memegang jawatan penting melibatkan rakyat menyalahgunakan jawatan tambahan pula apabila seseorang itu berada di pihak kerajaan.

“Saya dah buat pengisytiharan sewaktu saya menyandang jawatan Exco lagi dahulu,’’ katanya.