Budiman Mohd Zohdi
Budiman Mohd Zohdi

Pengerusi Institut Terjemahan Buku dan Malaysia (ITBM), Budiman Mohd. Zohdi berkata, buku itu menggalakkan konsep kesederhanaan yang boleh merapatkan hubungan antara dua negara tersebut.

"Buku ini sebagai permulaan kepada pelancaran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) antara Malaysia dan Indonesia, iaitu Nusasentris bagi mengeratkan lagi hubungan antara dua negara.

"Pada masa yang sama, aktiviti-aktiviti sosial dalam kalangan anak-anak muda dari kedua-dua buah negara akan diperbanyakkan lagi supaya hubungan baik ini dapat diteruskan dalam masa akan datang," katanya di sini hari ini.

Buku yang terbahagi kepada enam bahagian itu diterbitkan dalam bahasa Indonesia hasil kerjasama ITBM dan syarikat penerbitan Indonesia, Penerbit Penjuru Ilmu.

Buku setebal 89 halaman itu dijual dengan harga RM40.00 dan boleh didapati melalui pembelian secara dalam talian di www.itbm.com.my atau Whatsapp: 019-2219015.-UTUSAN ONLINE