Rencana ber­kenaan bertajuk Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja disiarkan menerusi laman blog kadirjasin.blogspot.com pada Selasa lalu.

A. KADIR JASIN
A. KADIR JASIN 

Berikut kenyataan A. Kadir menerusi hantaran dalam laman blognya:

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (Pakatan Harapan-PKR) hari ini menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat saya di bawah Akta Hasutan kerana menyiarkan rencana ini.

Dia mendakwa rencana ini secara tidak langsung boleh mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah.

Itu hak dialah. Bukankah ini Malaysia baharu yang bebas dan toleran?