Jelas beliau, mereka yang tidak boleh menyertai Pakatan Harapan adalah pemimpin-pemimpin pembangkang yang lantang menyokong 'pencuri duit'.

Bagaimanapun setakat ini jelasnya, Pakatan Harapan tidak mempunyai sebarang senarai hitam (ahli Barisan Nasional) sebaliknya parti hanya memantau dari segi kedudukan kes-kes mahkamah.

"Kita tidak pernah buat keputusan untuk terima ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebagai suatu kemestian, tetapi jika antara mereka meninggalkan parti dan menjadi neutral, bebas serta menyokong kerajaan maka kita boleh pertimbangkan.

"Saya tidak pernah panggil sesiapa, mereka hendak datang, saya jumpa semua orang malah wartawan juga saya jumpa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE.