Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BELUM pun ada kuasa di tangan, sudah sibuk memikirkan jawatan Perdana Menteri.

Apa! Ingat senangkah mana-mana parti politik untuk mencapai puncak kuasa sebelum meletakkan ketua atau presiden parti itu sebagai Perdana Menteri (PM).

UMNO sendiri pun terpaksa melalui dan melepasi laluan berliku yang penuh onar dan berduri sebelum berada di kedudukan sekarang. 11 Mei 2017 ini genaplah 71 tahun usia parti keramat orang Melayu ini.

Jadi, apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru sahaja ma­suk kem pakatan harapan dike­tuai DAP mahu mencatur kedudukan jawatan PM itu, itu tentunya dipandang jengkel oleh semua pihak.

Apatah lagi kalangan pengikut dan pemimpin pakatan pembangkang sendiri.

Dengan keikhlasan PPBM da­­lam pakatan masih diragui ia­itu matlamatnya cuma mahu men­jatuhkan Perdana Menteri sekali gus meletakkan anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz sebagai PM, maka motif untuk memegang tampuk kuasa sukar diterima majoriti rakyat.

Malah PPBM sendiri terpaksa bersaing dengan parti-parti pembangkang lain yang berminat meletakkan ketua mereka masing-masing ke bukan sahaja jawatan nombor satu, malah nombor dua juga. DAP, PKR dan PAN senada mahu meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Lim Kit Siang sebagai TPM.

Mereka pastinya menolak Mukhriz. Dan terbaharu, kerana tidak mahu fikiran kacau, pakatan terus buat keputusan untuk mencalonkan isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pemilihan PM dari kalangan ketua atau presiden UMNO sebenarnya lebih merupakan satu tradisi politik. Jawatan nombor satu ini bukanlah ketetapan peruntukan undang-undang. Ini kerana Artikel 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menyatakan bangsa, agama atau keturunan sebagai suatu ketetapan kepada pemimpin politik untuk dilantik sebagai PM atau Timbalan Perdana Menteri.

Sejak 1955 hanya bangsa Melayu dilantik sebagai PM boleh diperdebatkan. Tetapi memandangkan bangsa Melayu merangkumi lebih dari 61 peratus penduduk negara ini, perkara itu tidak dipersoalkan.

Namun orang Melayu sendiri janganlah ambil mudah anggap jawatan PM ini hak mutlak orang Melayu selamanya.

Jawapan yang tepat mengapa jawatan ini masih disandang oleh orang Melayu kerana UMNO sentiasa mendapat majoriti setiap kali dalam 13 pilihan raya umum lalu.

Ingat senangkah jadi PM. Penyandangnya ada ketikanya terpaksa ‘makan hati dan hati kering’ tahan dikritik sana sini - sehinggakan program murni seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun dicap rasuah.

Hatta juga konflik diplomatik Malaysia-Korea Utara ketika ini pun diuar-uarkan pembangkang sebagai ‘sandiwara’ yang me­nguntungkan parti pemerintah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain