Mohd. Hairi Md. Shah
Mohd. Hairi Md. Shah 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Md. Shah berkata, perkara itu susulan tindakan Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilihat bercelaru dalam asas ketuanan Melayu.

“Jika perkara asas ini pun mereka sudah celaru, janganlah diangkat perkataan 'Pribumi', bukalah sahaja keahlian Bersatu itu kepada bukan Melayu jika mahu melenyapkan ketuanan Melayu dari bumi Malaysia ini.

“Adakah Ketua Armadanya tidak sealiran pemikiran dengan Pengerusinya dalam soal menjaga orang Melayu, yang dikatakan mampu lebih baik berbanding UMNO?,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE