Majlis pelancaran briged itu yang dihadiri kira-kira 3,000 ahli Pemuda semua parti komponen dalam BN disempurnakan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Idris Haron di pekarangan Stadium Hang Jebat di Krubong di sini.

Idris ketika berucap pada majlis itu mengingatkan jentera BN termasuk ahli Briged Gempur untuk terus berusaha memastikan parti ini terus diberi mandat untuk membantu rakyat pada masa akan datang.

"Selama 61 tahun kita merdeka, lihat...kita dihormati rakan dan lawan kerana komitmen BN membela nasib rakyat.

"Jangan kita berlaku zalim kepada adik-adik kita kerana ini adalah amanah untuk BN terus mentadbir negara selepas PRU-14 nanti," katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Pemuda BN yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Pemuda BN Melaka, Datuk Zali Mat Yasin dan pemimpin-pemimpin pergerakan Pemuda UMNO, MCA dan MIC. - UTUSAN ONLINE