Menurutnya, ramai pengundi yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai pengumuman kerajaan berhubung kedua-dua isu membabitkan kos sara hidup rakyat itu.

“Apa yang jelas, saya boleh memberi jaminan bahawa kerajaan PH tidak akan membiarkan rakyat merana,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media PRK Balakong, dekat sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Adlif Syan Abdullah memberitahu, pemansuhan BR1M dan pengenalan cukai soda tidak mampu menggerunkan jentera PH dalam PRK DUN Balakong dan PRK DUN Seri Setia yang akan berlangsung secara serentak pada 8 September ini. - UTUSAN ONLINE