Dr. Mahathir yang turut melabel Najib sebagai pencuri juga tidak memahami mengapa ramai yang menjadikan Ahli Parlimen Pekan itu sebagai bos.

"Saya dengar pasal curi duit. Takpelah dia (Najib) curi duit. Dia curi duit kita sahaja. Bukan apa. Dia ni hero. Bossku the hero. The penyangak.

"Itulah bos mereka itu. Saya tak faham kenapa mereka ambil pencuri menjadi bos. Itu sebab nak sama-sama mencuri lah," katanya ketika melancarkan program Santai 2-Roda Semenyih (S2RS 1.0) di sini hari ini.

Program berkenaan merupakan anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Dalam masa yang sama, Dr. Mahathir turut meluahkan keyakinan bahawa Najib akan dihukum tidak lama lagi.

"Saya dapati dia datang ke sini (Semenyih) bukan main hebat lagi. Dah kena dakwa pun tak ditahan lagi. Tak pakai baju kuning (jingga). (Tan Sri Mohd.) Isa Abdul Samad dah pakai kuning. Lepas ini semua pakai kuning tiada biru dah," katanya lagi. - UTUSAN ONLINE