Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri itu berkata, beliau akan meneruskan tugas­nya seperti biasa sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu.

“Penahanan ini tidak akan mematahkan semangat saya menjadi pemimpin di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Boon Poh­ bersama pengurus ser­ta pengarah kilang mem­pro­ses habuk kayu ter­se­but masing-masing ber­usia 70 dan 37 tahun dibe­baskan daripada reman selama lima hari selepas Mahkamah Ting­gi di sini mendapati penaha­nan mereka bertentangan dengan Seksyen 117(5) Kanun Prosedur Jenayah.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut membuat keputusan tidak melepaskan jawatannya seperti didesak pelbagai pihak meskipun sedang dibicarakan di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah.

Guan Eng berdepan tuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran bersama seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon.