Beliau menjelaskan kenyataan yang dibuat dalam satu sesi dialog di Pos Betau berkenaan disalah tafsir oleh wartawan portal media berkenaan.

"Salah tafsir tu, mana boleh saya pecat Tok Batin. Mana ada saya cakap macam itu dan saya telah membuat kenyataan bagi menafikannya.

"Saya cuma cakap mana-mana Tok Batin yang juga Ketua Cawangan UMNO yang tidak mahu bekerjasama membangunkan masyarakat bersama kerajaan Persekutuan perlu meletak jawatan," katanya di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan ketua-ketua kampung Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi kerajaan Persekutuan pada PRK tersebut.

Amaran itu dinyatakan Bob Manolan pada sesi dialog dengan Tok-tok Batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai pagi ini. - UTUSAN ONLINE