Jelasnya, ketika ini sudah kelihatan dalam kalangan penduduk untuk memberi perubahan dalam keputusan pengundian kali ini, oleh itu beliau yakin faktor tersebut dapat memberi kesan bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi. 

"Saya rasa peratus keluar mengundi akan meningkat, pengundi masing masing sudah ada kesedaran. Jentera kempen juga sudah bergerak, perayu undi juga. 

"Lagipun hari pengundian di jalankan pada hari Sabtu. Saya rasa lebih daripada sasaran, lagipun pengundi-pengundi mudah untuk pulang ke Semenyih untuk menunaikan tanggungjawab mereka," katanya. 

Zakaria berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi anak  kepada Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 60 di Kampung Sentosa, di sini hari ini. 

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul melahirkan rasa khuatir peratusan keluar mengundi PRK Semenyih akan rendah atas faktor pengundi kecewa dengan Pakatan Harapan (PH) dan BN. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi PRK Semenyih bakal mencapai 70 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, peratusan keluar mengundi di DUN Semenyih mencecah 87.9 peratus. 

Dalam pada itu, menurut Zakaria, memasuki fasa kedua tempoh berkempen, BN telah bertemu hampir 80 peratus daripada 30,000 jumlah pengundi yang di sasarkan.-UTUSAN ONLINE.