Keyakinan itu disandarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berdasarkan maklum balas dan kajian politik dilakukan mengenai kawasan tersebut.

Malah tegasnya, BN tidak khuatir agenda pembangkang yang menyebarkan berita-berita palsu kerana tindakan itu adalah kerja rutin mereka.

“Kita tidak mahu menjadi ‘anggota bomba’ untuk memadam api yang dinyalakan pembangkang sebaliknya kita mahu memusnahkan terus api tersebut.

“Kita mempunyai pencapaian terbaik dan ikhlas dalam menjaga kebajikan rakyat. Secara realitinya rakyat mahu kerajaan sedia ada untuk terus mentadbir negara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APAQS) di Jalan Tanjung Kapur-Bugaya di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Pembantu Menteri Kewangan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban serta Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran. - UTUSAN ONLINE