Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu adalah kerana beliau percaya rakyat Perak lebih bijak menilai parti mana yang sentiasa bekerja untuk rakyat dengan parti yang hanya ‘turun’ untuk berkempen dan memburuk-burukkan kerajaan. 

“Saya difahamkan semalam kepemimpinan PPBM turun secara besar-besaran di Kamunting, Taiping dengan mesej utama untuk memberitahu orang Perak bahawa Dr. Mahathir adalah calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan. 

“Kita mengamalkan politik matang dan ini bukan menjadi masalah kepada BN, saya yakin orang Perak tahu bagaimana cara kita bekerja di negeri ini dan bagaimana kami sentiasa ada dengan rakyat. Jadi tiada istilah gugat atau tergugat walaupun mereka menurunkan sesiapa sahaja pun,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Bersama Menteri Besar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE