Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, KPKT telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM48.75 juta bagi pembinaan rumah PPR itu.

Menurutnya, pembinaan rumah jenis townhouse (rumah bandar) dengan tiga bilik itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki rumah.

"Kos bagi membina satu unit rumah ini ialah RM195,000 tetapi kita (KPKT) hanya akan menjualnya kepada rakyat pada harga RM35,000.

"Ini bermana Kerajaan Persekutuan telah memberi subsidi kira-kira RM160,000 untuk setiap unit rumah," katanya selepas majlis pelancaran PPR Ujung Permatang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE