Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, manifesto itu akan menjadi alternatif kepada penduduk negeri ini dalam menilai 51 janji yang dibuat Kerajaan DAP Pulau Pinang selama sembilan tahun memerintah negeri ini.


Katanya, BN memberi tumpuan kepada kelemahan kerajaan negeri dalam memastikan kestabilan pembangunan, menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi serta perhatian khusus kepada kawasan pedalaman dan persisiran pantai yang tidak dibangunkan.


“Kita ingin bawakan politik sihat, lihat kelemahan Kerajaan DAP Pulau Pinang selain akan menawarkan peluang baharu kepada rakyat negeri ini yang diyakini matang memlih pemimpin,” katanya.


Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini pagi ini. – UTUSAN ONLINE