Sivarraajh memperoleh 10,307 menewaskan M. Manogaran dari PKR (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari Pas (3,587 undi); Mohd. Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar dari PSM (680 undi).

Bagi kerusi Parlimen Rompin pula, Datuk Seri Hasan Arifin dari BN yang merupakan penyandang kerusi itu menang apabila memperoleh 26,628 undi menewaskan calon Pas, M. Shahrul Nizam Abdul Haliff (15,233 undi) dan calon PKR, Siti Arunisah Ab. Kadir (7,876 undi). - UTUSAN ONLINE